Apa korang tau? Korang bukan aku. Bukan tangan korang yang kena ikat peluk tubuh ni.

Wednesday, June 18, 2008

Anakku Pulang Petang

Sepetang bersama Khairul Jamaun.

Aku: Weh, pecite sial kau? Lame dowh x jumpe.

KJ: Tu la pasal, ade la dalam 3 tahun kan tak jumpe? Last sekali mase aku atas motor nak gi Kg Baru terserempak ngan kau kat traffic light.

Amar: Aahh, ye la tu... kot. (buat-buat ingat). Kau ape cite? Busy je memanjang.

KJ: Tu la pasal, aku pun tak larat senanye. Keluar rumah pagi, balik pun pagi. Aku rindu zaman belajar lu.

Amar: Alah, kau dulu time study pun, camni jugak. Cume kau cam naik sikit la badan.

KJ: Itu laa, aku pun perasan. Kau pun makin buncit.

Amar: Eh, Nusantara? Nape kau hisap rokok murah je? Nape tak Marlboro ke, Dunhill ke?

KJ: Heh, budget beb. Singgit stengah je dowh.

Amar: Haih, orang kayo pun nak budget jugak?

KJ: Biaselah, yang kaye makin kaye, yang miskin makin miskin.

Amar: Ape baru kat Rembau?

KJ: Takde mende. Ingat nak buat monsoon cup jugak kat situ, tapi takde port baik la.

Amar: La hai, Rembau pun nak buat jugak? Gedik gile.

KJ: :D (sengih kambeng)

Amar: Oklah, gerak lu. Malas nak layan kau.

KJ: Eh jap, nak nombor fon kau... Eh Amar! Amar! Woi, nape jalan laju je tu?! Hoi!

Saturday, June 14, 2008

Surat Terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5

Assalamualaikum.


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan atas kemenangan dalam pilihanraya yang lepas. Maaf saya katakan di sini bahawa saya tidak sempat untuk mendaftar sebagai pengundi. Belum nampak lagi seorang pemimpin yang layak mendapat undi saya setakat ini. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kerana masih mendapat kepercayaan masyarakat Malaysia terutama di kampung-kampung dan kawasan pedalaman.

Tujuan saya menulis surat ini adalah kerana saya sudah lama tidak menulis surat kepada sesiapa, hampir terlupa format sebenar surat rasmi yang pernah saya pelajari ketika di bangku sekolah. Saya ingin menyampaikan beberapa perkara yang selama ini terbeku di benak pemikiran saya selaku warganegara selama 23 tahun.

Tuan, saya bukanlah ahli parti pembangkang, jauh sekali berdaftar sebagai pemuda parti UMNO Subang Jaya ataupun kaki cerita politik di kedai kopi yang hanya tahu mengangkat tangan ketika bercerita sambil berpeluh dan tersembur-sembur air liur bagi menunjukkan penentangan yang hebat terhadap kerajaan. Saya juga bukanlah pemakan suapan di agensi kerajaan, jauh sekali pernah meliwat setiausaha sulitku sendiri. Saya juga bukanlah seorang hakim yang pernah diugut untuk dilucutkan jawatan jika tidak memihak kepada kerajaan, jauh sekali seorang peguam yang berani tak bertempat mempersoalkan hak sultan.

Saya mengalami masalah dalam membuat caramel petang tadi, harap tuan dapat bantu saya. Begini ceritanya, air gula yang saya bancuh bersama putih telur itu pecah setelah saya biarkan ia kering di atas dapur selama 5 minit. Seperti yang tuan pesan sebelum ini, jangan kacau air gula tersebut, saya turuti nasihat tuan, namun perkara yang sama terjadi. Adakah gula perlu dikurangkan kepada 300g? Saya harap tuan dapat bantu saya dalam hal ini.

Kerjasama tuan, saya dahulukan ucapan terima kasih daun keladi. Sehingga berjumpa lagi di lain surat.


Bye-bye tuan.

Amar anak Bahar
Copyright © Sanitoria Web 2007

About the Author

Tak perlu tahu pasal aku, seperti mana aku tidak perlu tahu pasal kau. Apa yang aku tulis, itu yang kau baca. Kau nak tambah, aku tak kisah.
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!