Apa korang tau? Korang bukan aku. Bukan tangan korang yang kena ikat peluk tubuh ni.

Thursday, May 22, 2008

Mapley Kune Konak

Maaflah ya, aku tak banyak update di sini, tetapi di sana. Sebab di sini tak boleh jiwang, tapi boleh emosi. Di sini tak boleh santai, tapi boleh sinis. Di sini tak boleh seter duweter, tapi boleh sanitoria. Ha'alah. Gelabah. Tapi Lao Tze pernah berkata ; jangan sesekali membuang masa memikirkan sesuatu yang anda tidak suka.

Aku berazam tidak mahu ke mapley, tapi kadang-kadang pergi jugak.

Aku bergaduh dengan ane, tapi order dengan dia jugak.

Aku order lain, benda lain yang aku dapat jugak.

Aku makan kat meja aku, dia gi kentut kat tepi meja aku pulak.

Kau ingat aku boleh dengar, aku boleh bau, kau nak aku gelak?

Aku sound soro belah, kau tak paham bahasa, buat-buat pekak.

Tapi bila aku nak bayar, kau faham bahasa pulak.

Time aku pergi kaunter, resit dah habis basah lecak.

Tapi kau degil, kau nak resit yang tertulis jugak.

Aku tak paham, kalau aku tak mahu bayar, kenape aku pergi kaunter lak?

Pastu kau panggil member "ane poley kuey napla nopley bla" buat-buat borak.

Weh, aku nak bayar laa, aku dah nak gerak!

Aku kini benci sama mapley kune konak.

Baik makan kedai melayu tomyam ciplak.
Copyright © Sanitoria Web 2007

About the Author

Tak perlu tahu pasal aku, seperti mana aku tidak perlu tahu pasal kau. Apa yang aku tulis, itu yang kau baca. Kau nak tambah, aku tak kisah.
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!