Apa korang tau? Korang bukan aku. Bukan tangan korang yang kena ikat peluk tubuh ni.

Friday, October 26, 2007

Curiosity killed the President of the United States of America

Definisi (Dewan Bahasa & Pustaka):

Perempuan - jenis manusia sebagai pasangan kepada lelaki; jenis manusia yang umumnya akan atau dapat melahirkan anak

Tudung - sesuatu yg digunakan untuk menutup

Aurat - 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang.


Jadi konsep tudung atau hijab yang wajib dipakai seorang muslimah adalah untuk menutup aurat; seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat juga jika dirujuk pada definisi di atas adalah kemaluan. Jadi adakah kita boleh samakan konsep seorang perempuan yang memakai tudung tetapi nampak rambut, leher, telinga, lengan atau sebarang aurat lainnya dengan seorang lelaki yang memakai seluar panjang tetapi terdapat dua lubang berjejari tiga inci di bahagian belakang yang menampakkan punggung empuk lelaki tersebut? Entahlah, aku cuma curious.

Adakah konsep di atas juga boleh di serapkan ke dalam situasi biasa sekitar negara ini apabila kita dapat melihat kaum hawa ini mengenakan tudung dan pada masa yang sama memakai baju berlengan pendek, babi baby-T yang ketat yang amat yang menampakkan ketulan-ketulan buah dada, jeans juga yang mempamerkan lekuk-lekuk pada celah kangkang, dengan selamber mendedahkan leher atau dada dengan fesyen skafnya atau baju kebaya dimana kainnya terbelah sehingga ke pangkal peha? Atau kes yang jika dilihat dari jauh, agak sempurna tetapi apabila dia bongkok ke hadapan, nampak jelas dia sedang memakai seluar dalam opah (granny panty)? Entahlah, aku cuma curious.

Banyak lagi kes-kes seumpamanya. Antara lain adalah mengenai seorang kenalan bernama Cik Azazil (nama samaran manja). Pada waktu pagi beliau boleh dilihat di kelas memakai tudung warna merah jambu lembut dengan hiasan bunga-bunga kecil di pangkal tudung. Pada sebelah malam pula kita boleh tahu berapa panjang rambutnya menutupi baju warna merah jambu lembut dengan hiasan bunga-bunga kecil di tepi bahunya itu. Malah ramai pengguna Friendster yang menderetkan gambar yang diambil sendiri manis bertudung DAN diselang selikan dengan gambar yang juga diambil sendiri tanpa tudung berbaring diatas katil sambil memuncungkan sedikit mulut. Adakah mereka merasakan lebih anggun atau cool jika tidak bertudung? Entahlah, aku cuma curious.



Thursday, October 18, 2007

Lazim

Kelaziman lagu raya mengandungi kata-kata kunci ini: kuih; setahun sekali; gembira; pulang ke kampung; selamat hari raya; sanak saudara; hari mulia; ampun maaf; sebulan berpuasa; miskin kaya; yang maha Esa dan selebihnya. Satu-satunya musim yang kita boleh dengar lagu melayu ingat kat tuhan, selain dari nasyid, musim lain hanya cinta. Patut pun lagu raya semua lagu lama. Kita kecikkan sangat skop. Cuba cerita pasal benda lain, macam baju melayu, kad raya, hamper raya, accident, kadar kemalangan maut meningkat, budak putus jari main mercun, highway sesak sebab tol, kedai banyak tutup dan macam-macam lagi benda berlaku pada hari raya. Nak buat macam mane, dah lazim.

Kelaziman bila bertandang kat rumah orang beraya, tak lepas dari berbual akan isu-isu semasa. Dan tak lain tak bukan adalah angkasawan kita yang sorang tu. Masa inilah nak mengaku orang kampunglah, ada baur-baur bacang lah, satu sekolah dulu la. Sheikh Muzaffar tu dua pupu aku sebenarnya, ha'ah, semua orang boleh cakap macam tu. Jakun sungguh orang kita pergi angkasa, telefon tetiap hari. Masa call tu tak de pulak tanye pasal eksperimen dia, semua orang tanya soalan yang sama, "Makan macam mana? Sedap tak?" Siap ada satu channel khas untuk dia seorang. Orang Malaysia first time pergi Everest dulu tak ada pulak, budak umur lima tahun hafaz Qur'an tak ada pulak. Dah la, yang kat bawah ni pun tak habis explore, yang kat bawah ni pun tak reti nak appreciate. Nak buat macam mane, dah lazim.

Apa? Tak setuju ngan aku? Nak buat macam mane, dah lazim.

Wednesday, October 10, 2007

No offense! tapi aku menyampah.

No offense tapi aku menyampah.

Kenapa orang melayu kita suka sangat pandang tinggi kepada bahasa inggeris? Perlu guna bahasa inggeris untuk kelihatan cool ke? Memang tak salah nak menambah atau menggunakan ilmu, tapi kata kunci yang aku letak di sini adalah 'perlu'. Jadi aku tanya balik, perlu ke?

No offense tapi aku menyampah.

Dah la macam sedaya upaya nak guna bahasa asing, lintang pukang pulak tu. Grammar yang entah ke mana, vocab yang tak bertempat. Mana kau belajar? Ya, memang english aku pun tak seberapa, tapi setidak-tidaknya aku taklah terhegeh-hegeh nak pakai.

No offense tapi aku menyampah.

Dari kerajaan kepada rakyat, dari rakyat sampailah kepada budak-budak sekolah mentah. Yang kerajaan memelayukan bahasa inggeris, yang rakyat pulak menginggeriskan yang melayu. Sedap-sedap sibuk jadi say-book, yang singkatan KL jadi kay elle, car junk, Soo Bunk Jaya. Nama sendiri pun nak ada slang jugak ke? Far east, elle, Aine, etc. Dah la pulak tu ditambah pulak kat belakang dengan "licious", e.g aremarlicious (baca amarlicious). Semua orang kini licious.

No offense tapi aku menyampah.

Ada satu golongan lagi, golongan yang berpeluh (manis) dan bermadu yang sangat sangat sangat, I mean sangat menyukai warna merah jambu. Mudah saja nak mengesan golongan ini. Nama mereka tak lari jauh dari perkataan-perkataan ini: sweaty (baca sweety), hunny (baca honey), teddy, luv (baca love), angle (baca angel) dan macam-macam lagi yang menampakkan kemanisan dan kemanjaan. Owh, tak cukup dengan itu, kita lampirkan teknik sticky caps. Teknik ini adalah apabila tangan anda teramat gatal untuk menekan butang Caps Lock atau Shift ketika menulis. Baiklah kini kita boleh gabungkan teknik-teknik di atas untuk menghasilkan sebuah display name: piNky sWeAty huNNy teDDy anGeL luv gulz!! (tambah licious/hot untuk perisa tambahan)

Does this look cute to you?
WhY wAsTe ThIs MuCh TiMe JuSt tO dO sTiCkY cApS wHeN tHeY'rE jUsT gOnNa MaKe YoU lOoK lIkE aN iDiOt N e WaY? oOh I sEe, YoU'rE mAkInG sUrE pEoPlE kNoW yOu'Re An IdIoT sO tHeRe Is No CoNfUsIoN. wElL dOn'T wOrRy, I'm SuRe PeOpLe KnOw YoU'rE aN iDiOt WiThOuT yOuR HeLp.

No offense tapi aku menyampah.

Alamak, kau terasa ke?
No offense tapi aku menyampah.

Tuesday, October 09, 2007

Aku gerak dulu!

Hey kawan, apa khabar?

Tiba-tiba aku rasa bosan dan rasa macam tak ada mood.
Aku rasa tak tenang dan hati aku macam menggelupur mencari tenang.

Mana iman? Kau pergi mana? Bazaar? Kenapa tak balik lagi? Dah pukul berapa ni?

Senyap, itu bijak.

--------------------------------------------------

Well, what else can i say, I've given up blogging. Here are some polls to not get my visitors 'too' frustrated. :D Enjoy!

Owh yes, not to forget.
Selamat Hari Raya Eidulfitri! Maaf zahir dan batin.
(like avars, I mean it)
Copyright © Sanitoria Web 2007

About the Author

Tak perlu tahu pasal aku, seperti mana aku tidak perlu tahu pasal kau. Apa yang aku tulis, itu yang kau baca. Kau nak tambah, aku tak kisah.
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!