Assalamualaikum.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan atas kemenangan dalam pilihanraya yang lepas. Maaf saya katakan di sini bahawa saya tidak sempat untuk mendaftar sebagai pengundi. Belum nampak lagi seorang pemimpin yang layak mendapat undi saya setakat ini. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kerana masih mendapat kepercayaan masyarakat Malaysia terutama di kampung-kampung dan kawasan pedalaman.
Tujuan saya menulis surat ini adalah kerana saya sudah lama tidak menulis surat kepada sesiapa, hampir terlupa format sebenar surat rasmi yang pernah saya pelajari ketika di bangku sekolah. Saya ingin menyampaikan beberapa perkara yang selama ini terbeku di benak pemikiran saya selaku warganegara selama 23 tahun.
Tuan, saya bukanlah ahli parti pembangkang, jauh sekali berdaftar sebagai pemuda parti UMNO Subang Jaya ataupun kaki cerita politik di kedai kopi yang hanya tahu mengangkat tangan ketika bercerita sambil berpeluh dan tersembur-sembur air liur bagi menunjukkan penentangan yang hebat terhadap kerajaan. Saya juga bukanlah pemakan suapan di agensi kerajaan, jauh sekali pernah meliwat setiausaha sulitku sendiri. Saya juga bukanlah seorang hakim yang pernah diugut untuk dilucutkan jawatan jika tidak memihak kepada kerajaan, jauh sekali seorang peguam yang berani tak bertempat mempersoalkan hak sultan.
Saya mengalami masalah dalam membuat caramel petang tadi, harap tuan dapat bantu saya. Begini ceritanya, air gula yang saya bancuh bersama putih telur itu pecah setelah saya biarkan ia kering di atas dapur selama 5 minit. Seperti yang tuan pesan sebelum ini, jangan kacau air gula tersebut, saya turuti nasihat tuan, namun perkara yang sama terjadi. Adakah gula perlu dikurangkan kepada 300g? Saya harap tuan dapat bantu saya dalam hal ini.
Kerjasama tuan, saya dahulukan ucapan terima kasih daun keladi. Sehingga berjumpa lagi di lain surat.
Bye-bye tuan.

5 comments:
lawak ler.. :D
ahah..surat yg pnoh sinis..
mkn dalam bile si PM mmbca nye
haha..msti dia boleh tlg pnye..masih boleh manis tp dgn snyumannye yg mngejek n x de ati prot la..hehe
cuba tulis surat layang plak :D
aduh~~~..
terkesima sbntar membaca prnggan yg terakhir 2...
amar best!
Post a Comment