Apa korang tau? Korang bukan aku. Bukan tangan korang yang kena ikat peluk tubuh ni.

Friday, February 08, 2008

Jangan Panggil Kami Malay

Negara aku sekarang tengah berperang dengan pelbagai isu. Antaranya isu "Dilarang mana-mana menteri ke luar negara" sempena pilihan raya yang hampir tiba (kononnya, sedangkan PM sendiri belum dapat ilham akan tarikhnya), isu semakin ramai kanak-kanak kini sudah pandai pergi ke pasar malam dan ngedate lelaki kucing, dan isu "Jangan panggil kami Indon".

Isu "Jangan panggil kami Indon" amat menarik bagi aku sebab tak cukup dengan keruntuhan kecanggihan anak muda melayu menggunakan teknologi 3gp, bangsa ini dituduh mencuri budaya orang lain. Mana istilah 'serumpun' yang dibanggakan dulu? Mungkin istilah itu tak berapa tepat, lalang mungkin lebih tepat. Bila Indonesia banyak mengindonesiakan bahasa inggeris, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ketinggalan untuk mengikut jejak yang sama.

Aku hanya mampu tersenyum sendiri bila aku buka laman web www.malingsia.com, antara tajuk yang panas adalah "Bahasa Indonesia diklaim Malaysia"...ngah ngah ngah... mungkin english speaking countries would say "Claim is spelled with the 'c', not with the 'k'. And 'claim' is our word, not yours!". Dan ketika itu barulah mereka akan balik kepada negara serumpun mereka.

Sayang seribu kali sayang, sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam teramai dan Persatuan Homoseksual pertama di dunia ini ingin sangat melihat Malaysia porak peranda seperti di sana. Mungkin ketika itu barulah mereka klaim Malaysia dan Indonesia adalah serumpun.

3 comments:

fattnieniey said...

dah tiba masanya org2 malaysia sedar Indonesia sedang mengindonkan Malaysia.
jangan la bagi ramai sangat artis2 indon ni masuk.
naik nyampah dah. sbb underground band kite jauh lagi baik.

p/s: ha,sorry,lari sket topik.salam perkenalan.

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

alea said...

Bila mau create entry baru...

Copyright © Sanitoria Web 2007

About the Author

Tak perlu tahu pasal aku, seperti mana aku tidak perlu tahu pasal kau. Apa yang aku tulis, itu yang kau baca. Kau nak tambah, aku tak kisah.
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!