Apa korang tau? Korang bukan aku. Bukan tangan korang yang kena ikat peluk tubuh ni.

Friday, October 26, 2007

Curiosity killed the President of the United States of America

Definisi (Dewan Bahasa & Pustaka):

Perempuan - jenis manusia sebagai pasangan kepada lelaki; jenis manusia yang umumnya akan atau dapat melahirkan anak

Tudung - sesuatu yg digunakan untuk menutup

Aurat - 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang.


Jadi konsep tudung atau hijab yang wajib dipakai seorang muslimah adalah untuk menutup aurat; seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat juga jika dirujuk pada definisi di atas adalah kemaluan. Jadi adakah kita boleh samakan konsep seorang perempuan yang memakai tudung tetapi nampak rambut, leher, telinga, lengan atau sebarang aurat lainnya dengan seorang lelaki yang memakai seluar panjang tetapi terdapat dua lubang berjejari tiga inci di bahagian belakang yang menampakkan punggung empuk lelaki tersebut? Entahlah, aku cuma curious.

Adakah konsep di atas juga boleh di serapkan ke dalam situasi biasa sekitar negara ini apabila kita dapat melihat kaum hawa ini mengenakan tudung dan pada masa yang sama memakai baju berlengan pendek, babi baby-T yang ketat yang amat yang menampakkan ketulan-ketulan buah dada, jeans juga yang mempamerkan lekuk-lekuk pada celah kangkang, dengan selamber mendedahkan leher atau dada dengan fesyen skafnya atau baju kebaya dimana kainnya terbelah sehingga ke pangkal peha? Atau kes yang jika dilihat dari jauh, agak sempurna tetapi apabila dia bongkok ke hadapan, nampak jelas dia sedang memakai seluar dalam opah (granny panty)? Entahlah, aku cuma curious.

Banyak lagi kes-kes seumpamanya. Antara lain adalah mengenai seorang kenalan bernama Cik Azazil (nama samaran manja). Pada waktu pagi beliau boleh dilihat di kelas memakai tudung warna merah jambu lembut dengan hiasan bunga-bunga kecil di pangkal tudung. Pada sebelah malam pula kita boleh tahu berapa panjang rambutnya menutupi baju warna merah jambu lembut dengan hiasan bunga-bunga kecil di tepi bahunya itu. Malah ramai pengguna Friendster yang menderetkan gambar yang diambil sendiri manis bertudung DAN diselang selikan dengan gambar yang juga diambil sendiri tanpa tudung berbaring diatas katil sambil memuncungkan sedikit mulut. Adakah mereka merasakan lebih anggun atau cool jika tidak bertudung? Entahlah, aku cuma curious.



29 comments:

farhana said...

iyer. kadang saya pun blur kenapa gambar2 friendster campuran antara yang ayu bertudung dan sebelah tu pulak gambar dalam pyjamas dgn gaya comel atas katil.

tapi nak buat camne kan, kita ni bukannya baik sangat pun. at least diorg pakai tudung la jugak berbanding dgn saya ni...

vague said...

kalau die tak pakai tudung, mak bapak die marah.kalau pakai tudung dan tutup semua mcm pakai jubah, akan dikate kolot, tak bole nak berfesyen.orang lain nak tunjuk rambut rebonding,die pun nak tunjuk.ni lah sebabnye jadi mcm yg kau ckp tu.die ikut2 org,kisah ape org akan ckp pasal die.cube kalau die ingat ape balasan kat akhirat nanti.tak jadi benda2 ni.

Anonymous said...

pakai tdg, tak pakai tdg, hak masing2.
camne gaye org pun..hak masing2.
pakai tdg tapi baju ketat2..buat sakit mate.
yg tak pakai tdg tapi pakai baju ketat pun same je sakit mate. (dah la body tak brape nak hot)
tapi kite sbg saudara sesame islam sepatutnye menegur..
ye tak?
so amar, bile nak tegor awek ko yg seksi meksi tu.
ehe.

amar said...

"hak masing-masing" tu ayat orang melayu nak tutup salah isteri menteri dan konco-konco mak datinnya. kalau tuhan dah suruh tutup aurat, tiada siapa ada hak untuk nak langgar. macam orang lain, awek aku pun aku tegur sama.

subjek utama yang aku sentuh dalam topik ini adalah golongan yang jalani hukum dengan tidak bersungguh-sungguh.

dalam islam, orang yang paling dikeji adalah orang yang mencuri dalam sembahyang, iaitu wuduk yang tidak sempurna; rukuk dan sujud tidak sempurna. dalam erti kata lain, buat dengan tidak bersungguh-sungguh. itu mesej aku.

aku nak tanya balik, kalau kau tengok pornografi melayu amatur yang melibatkan perempuan bertudung dengan yang tidak bertudung, yang mana satu kau rasa LEBIH jijik?

Anonymous said...

ok aku nak support vague, tapi nak lebihkan to the part yg kalau dia pakai tudung, baju labuh2 di katakan kolot.
kalau kau nak jadi di tempat yang betul dan kalau kau memang betul2 paham konsep yang amar nak sampai kan kat sini, kau takkan kisah di kata kan kolot sebab KAU BERADA DI TEMPAT YANG BENAR..!

Grow up lah orang orang Melayu sekarang ni.

miss_tree said...

Menutup aurat itu wajib.
Tiada kompromi.
Isu yang 'pedas' bagi sesetengah orang, tapi elok untuk dibincangkan.

Keep up the good work.

miss nobody said...

sbnrnya terletak pada diri sendiri.jika tau menilai yg mana baik dan buruk perkara ini tidak jadi issue.

kalo pakai baju labuh nampak kolot?not really actually.kalo kite menutup aurat pun,kite still boleh nampak stylo kan??

just like miss tree said, 'menutup aurat itu wajib'.

leen said...

erm...agknye lbih anggun kot kalo xbtudong..nth...aku pon xphm...;P

t.i.r.a.m.i.s.s.u said...

sokong miss tree. tutup aurat itu wajib. no kompromi.
kalo setakat tutup aurat tapi benda lain terdedah tak ade makna nya jgk..kalo nak tutup aurat, tutp semua dan kene konsisten.jgn kejap bukak, kejap pakai.

Nezjoe said...

hukum tetap hukum
nak buat, buat

tak nak buat
dok diam-diam

salam

haziQah said...

pedas isu kali ni..bgus incik amar
heh..
pedas sbb nye aku pon pnah bwat mende kejadah tu la..
as org yg da ade experience..
sume ni blaku sbb iman x ckup kuat..
pkai tudung slalu nye mmg sbb tuntutan islam..tp..
mcm aku dulu la..kn..skang da insaf kot.. alhamduliilah da diberi hidayah ;p
iman aku x ckup kuat ditmbah lagi dgn faktor psikataran..org tunjuk rmbutcntik kite pon nk tunjuk gak...
kwn2 lain sume tak pkai tudung..remaja mmg mudah tpngaruh..
kalu pkai bju laboh2 kolot?
heh..jwpan ni la yg slalu kuar ble di tnya kpd bdak2 yg sexy mexy..
"apa brg pkai bju bsar2..tak hot la..nnti aku da tua aku pkai la tudung..btobat.."
diorg ckp cmtu sbb diorg tak de pgangan agama yg kuat..
pastu ble da tua nk btobat..masalah nye smpat ke tua???

sayeperempuan said...

Nezjoe said...
hukum tetap hukum
nak buat, buat

tak nak buat
dok diam-diam
*saye sokong!!

ko curious sbb ko bkn pompan.aku pon curious nape laki sgt sng tutop aurat tp pakai short atas lutot.oo.men bola.lupe.

miss_tree said...

healthy discussion setakat ni.
nak lagi best, tanya pada yang pakar..
[i.e. alim ulama, ustaz/ustazah]..
bukan utk apa, boleh dikongsi bersama sebarang ilmu.

pernah dgr ttg "ummahfilms"?
sila search di youtube..
ataupun search 'hijab' di youtube..
suka cara dakwah tu disampaikan..
sangat santai.

Anonymous said...

ala, biase la tu.

at least yg bukak tutup tudung tu ade rase nk tutup aurat gak.

tp aku nk tekankan satu benda penting.

"bukan sume yg pakai tudung tu baek n bukan sume yg xpakai tudung tu jahat"

marilah kita berenti menstereotypekan org.

~purplechoc~ said...

haha.aku terasa.mungkin aku tergolong dlm topik yg dibincangkan,papepun,perbincangan best dan hot.

Anonymous said...

Kalau memakai tudung itu di anggap kolot: Neraka!
Kalau memakai tudung itu di anggap wajib: Syurga!

Anonymous said...

diri sendiri belum cukup baik@cukup bagus, jgn pandai2 nak menilai org.

amar said...

define "cukup baik". bagi aku kayu pengukur kebaikan, adakah anda boleh melihat pahala?

satu lagi sikap orang melayu, JANGAN TEGUR SEBAB SENDIRI PUN TAK CUKUP BAIK.

habis tu sampai bila boleh tegur?
entahlah, aku cuma curious.

habis tuh siapa yang boleh tegur sebab tiada siapa yang sempurna?
entahlah, aku cuma curious.

Anonymous said...

Perkataan "Melayu" cukup sensetif kepada Bangsa Melayu. Tapi lagi sensetif kalau Orang Melayu sendiri "mempelecehkan" Bangsa Melayu sendiri. Lagi parah seseorang itu yang mempunyai "bin" dinamanya menulis, bercakap dan sebagainya mengenai sesuatu atau bangsanya dimana beliau sendiri dengan kehidupanya(meliputi semua aspek) cukup mengambarkan erti yang banyak.???

Adakah anda cukup Melayu??

Aku bukan ahli politik atau yang berkaitan. Cuma seseorang yang mempunyai Bin dinama sebenar.

amar said...

kau memperkatakan tentang perkataan "melayu" sedangkan tatabahasa kau tunggang langgang dengan ejaan MELAYU yang entah apa apa. maaflah, aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan.

cuba lagi.

Anonymous said...

Elok juga lepas ini engkau boleh tulis satu rencana mengenai penggunaan Bahasa Malayu yang betul.

Nampaknya engaku lebih mengerti.^_^

Anonymous said...

Nampaknya (kamu) lebih mengerti.^_^ - pembetulan

amar said...

tahukah para anonymous bahawa kata ganti nama diri "engkau" adalah bahasa istana pada satu masa dahulu? jadi tidak perlu rasa kurang sopan dengan perkataan itu. (^^,)

broken_nigina said...

gua juga curious..
jauh dari menilai dan menghakimi..
cuma takjub..
apa ada di minda diorang?
satu misteri nusantara..
"pakai tudung tak semestnya baik,tak pakai tudung tak semestinya jahat"
tak sangka ungkapan budak sekolah tadika ni masih diguna pakai sekarang..
setakat yang gua baca dalam enrty ni,tak wujud pulak perkataan jahat atau baik..
lagi pon,kalo teori tu yang diguna pakai,maka boleh juga jadi,
"orang yang solat tak semestinya baik,orang yang tak solat tak semestinya jahat"
moral of the story?
takpe la tak solat asalkan kita baik?
-tersesat di blog yang cool-

cikpokok said...

Hehehehe.. I second broken_nigina!
Entry Che Amar ini bukan mencari siapa yang benar atau salah.. mahupun yang baik atau jahat.
Beliau hanya menyampaikan ke'curious'annya tentang isu ini..
Dan kita sebagai pembaca harus 'bijak' memberi komentar..

Inche Anononymous..
Usai perkataan² anda ungkapkan, maka perbincangan di sini tidak lagi sesihat dulu.
Tiada sesiapa dinilaikan di sini.

Renung² kan dan selamat beramal..

Anonymous said...

lagi elok apa yan dipertuliskan dan diperbincangkan mennyeru pembaca atau manusia membuat kebaikan daripada menulis sesuatu yang kita dah tahu jawapannya. Itu tugas kita selaku umat Islam.

Anonymous said...

entry yg menarik..
adakah mengetahui yg bnr @ slh tu shj sudah cukup? knp kita tahu tntg hukum tapi cukup berat nak laksanakan.. jwpnnya sbb kita msh lg b'buat m'ikut nafsu.. ketahuilah kwn2, bhwasanya nafsu itu x pnh dn x akn puas.. x puas shingga saatnya kita dikumpulkan kmbali, di hari dimana kita dipertontonkan kmbali amal perbuatan kita. insaflah (aku yg hanya mengingatkn diri ku juga diri mu)

hawa said...

Amarrr!!! How's ur job at puskeb?? Cerita la..

Siti said...

Assalamualaikum
topik hangat.
debat yang tiada penghujungnya.
apa2 pun, terdapat banyak dosa-dosa yang Al-Quran senaraikan.
memakai tudung hukumnya WAJIB.
tidak pakai, maka dia BERDOSA.
tiada apa yang boleh disangkal.
dosa orang bertudung yang berzina dengan orang tak bertudung yang berzina adalah sama.
juga tidak boleh disangkal.
Mungkin kita nampak lain sebab dia menutup aurat, tapi ikut dosa nya Islam, semuanya sama.
pucuk pangkal nya, barangsiapa yang berdosa (tidak kira apa yang dia buat) akan terima balasannya di akhirat kelak.

Wassalam

Copyright © Sanitoria Web 2007

About the Author

Tak perlu tahu pasal aku, seperti mana aku tidak perlu tahu pasal kau. Apa yang aku tulis, itu yang kau baca. Kau nak tambah, aku tak kisah.
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!