Apa korang tau? Korang bukan aku. Bukan tangan korang yang kena ikat peluk tubuh ni.

Thursday, October 18, 2007

Lazim

Kelaziman lagu raya mengandungi kata-kata kunci ini: kuih; setahun sekali; gembira; pulang ke kampung; selamat hari raya; sanak saudara; hari mulia; ampun maaf; sebulan berpuasa; miskin kaya; yang maha Esa dan selebihnya. Satu-satunya musim yang kita boleh dengar lagu melayu ingat kat tuhan, selain dari nasyid, musim lain hanya cinta. Patut pun lagu raya semua lagu lama. Kita kecikkan sangat skop. Cuba cerita pasal benda lain, macam baju melayu, kad raya, hamper raya, accident, kadar kemalangan maut meningkat, budak putus jari main mercun, highway sesak sebab tol, kedai banyak tutup dan macam-macam lagi benda berlaku pada hari raya. Nak buat macam mane, dah lazim.

Kelaziman bila bertandang kat rumah orang beraya, tak lepas dari berbual akan isu-isu semasa. Dan tak lain tak bukan adalah angkasawan kita yang sorang tu. Masa inilah nak mengaku orang kampunglah, ada baur-baur bacang lah, satu sekolah dulu la. Sheikh Muzaffar tu dua pupu aku sebenarnya, ha'ah, semua orang boleh cakap macam tu. Jakun sungguh orang kita pergi angkasa, telefon tetiap hari. Masa call tu tak de pulak tanye pasal eksperimen dia, semua orang tanya soalan yang sama, "Makan macam mana? Sedap tak?" Siap ada satu channel khas untuk dia seorang. Orang Malaysia first time pergi Everest dulu tak ada pulak, budak umur lima tahun hafaz Qur'an tak ada pulak. Dah la, yang kat bawah ni pun tak habis explore, yang kat bawah ni pun tak reti nak appreciate. Nak buat macam mane, dah lazim.

Apa? Tak setuju ngan aku? Nak buat macam mane, dah lazim.

11 comments:

Mr Green said...

Apa boleh buat dah pemikiran orang kita macam tu. Dah lazim bak kata awak. hehe

tongah said...

aku setuju...da lazim...

mohd yat said...

tu ar..dah lazim nama pon..pasal angkasawan tu biasa la, kalo kita tanya pasal research dia pon x sure lagi kita paham, so kita tanya perkara yg lazimnya kita wat kat mesia seperti makan..hehe..tp raya kali ni x cam biasa, lebih condong dr biasa sbb aku dah kena keje raya ke-4..sedey tol..

amar said...

patut la melayu susah nak maju, susah nak terima benda baru. tapi tengok csi boleh pulak buat2 paham. patutlah drama melayu semua ringan-ringan, orang melayu fikir macam tu rupanya. filam sci-fi memang tak akan wujud di tanah melayu.

Anonymous said...

erm. aku rasa lain. mmg kite patut banggakan angkasawan tu. sebab 1. ko ingat senang ke nak jadi? out of thousand, negara kita malaysia gak terpilih. 2. bukan calang2 orang yang die pilih. agak2 kalo ko masuk, terpilih tak?
this is one way of introducing malaysia. malaysia dah maju. malaysia bkn negara kecik lagi wey. dah merdeka semua. kau tak rasa bangga ke bila soyuz tu bergerak? tilawah al-quran aku rasa tiap2 thn ada. akademi alquran pon ada kan. ade kau tgk? jgn ckp je weh. in fact, tak silap aku negara kita penah jadi juara tilawah quran satu ketika dulu, kecoh ape surat khabar. mesti kau tak baca paper kan? lain kali, fikir dulu. bukan senang nak dipilih utk jadi yg terpilih :)

amar said...

pelik sungguh, orang yang baca paper boleh tak faham blog aku. mungkin bahasa aku pakai tak betul. nak buat macam mana dah lazim. aku tak ada sentuh langsung pasal sheikh muzaffar. aku sentuh orang yang buat channel khas untuk dia, aku sentuh orang yang baru nak mengaku ada kaitan dengan muzaffar. aku sentuh budak berumur 5 tahun hafaz quran, agak2 kau dulu lima tahun dah boleh baca puisi?

orang kenal malaysia dengan kes rasuah paling banyak, kes kemalangan maut paling tinggi, kes toilet paling kotor di asia tenggara. kami bayar tax untuk kami, bukan untuk nama.

macam aku cakap la, yang kat bawah ni pun tak habis explore, yang kat bawah ni pun tak reti nak appreciate. Nak buat macam mane, dah lazim.

leen said...

aah...btol r...da lazim...

Gua said...

rilek bang..jgn emosi sgt..dah lazim kan..

t.i.r.a.m.i.s.s.u said...

setiap org lain persepsi dan pemikiran. jadi setiap dari kita bebas utk menyatakan apakah pendirian dan pandangan kita terhadap sesuatu isu...tu kan hal biasa atau da lazim..

Alia Burhanuddin said...

melayu boleh sexpage? tolongla amar activatekan.

miss_tree said...

sayangnya kita di sini mmg hidup dengan 'kelaziman'.
takut nak berubah.

whatever it is bro, i got ur point.

Copyright © Sanitoria Web 2007

About the Author

Tak perlu tahu pasal aku, seperti mana aku tidak perlu tahu pasal kau. Apa yang aku tulis, itu yang kau baca. Kau nak tambah, aku tak kisah.
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!